スポンサーサイト
一定期間更新がないため広告を表示しています
(hampeh je bunyik resipinyer..hehehhehe)
Star Black Pepper Fried Rice
Nasi putih secukupnyer
5 ekor sotong sederhana di hiris bulat
½ sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
2 biji Bawang merah @ ½ biji bawang (dimayang)
2 labu bawang putih ( dimayang)
2 biji cili kering di potong kasar
Kacang buncis secukupnyer dipotong halus
Minyak masak secukupnyer
Stok ayam utk perasa
Garam secukupnyer
Cara
Panaskan minyak
Goreng bawang merah , bawang putih dan cili kering sehingga naik bau.
Masukkan kacang boncis dan sotong, kacau lagi.
Masukkan lada hitam , stok ayam dan garam secukupnyer
Masukkan nasi dan gaul sebati.
Dah ready.
**Nasi goreng utk anak2 yang kurang makan pedas.**
Golden Egg sky
3 biji telur ( utk 3 orang punya bekal)
Sedikit mayonis
Sedikit susu segar
Garam secukup rasa
Pukul telur sampai sebati or agak kembang. Panaskan kuali letak sesudu minyak..
Masukkan telur..kacau sehinggan gebu. Dah siap..tabur je sekeliling
Resipi Bento
(Untuk FB, layari http://periukbelanga.jugem.jp) untuk pelbagai resipi .
Blog kita nie di link ke FB.
Nasi Serai
Bahan2 ( utk satu family kecik makan)
2 pot beras --- di basuh dan ditoskan
3 Bawang kecil di mayang
1 inchi Halia di hiris halus
2 btg serai di ketuk-ketuk
Sekuntum bunga lawang
Kulit kayu manis secukup rasa
2 sudu minyak sapi / butter pun okey
Garam secukup rasa
Panaskan periuk
Masukkan minyak sapi
Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, bawang dan halia
Tumis hingga naik bau..masukkan serai…tumis lagi
Masukkan beras dan kacau sebati..
Lepas tu masukkan lah air dan garam secukup rasa.
**Selalu buat
Takde nak buat
Brokoli pasta salad
Makaroni secukupnyer ( di rebus sehingga lembut)
Brokoli di celur atau stimkan aje dalam microwave
2 labu bawang putih di hiris halus
3 biji cili kering di potong nipis2 (gunting
2 sudu minyak zaitun
Cheese secukupnyer
Perasa ayam secukunyer
garam
Panaskan minyak zaitun,
Masukkan bawang putih yg dihiris halus
Goreng sampai agak garing, masukkan cili,garam dan stok ayam
Masukkan macaroni dan gaul sebati.
Masukkan pula brokoli dan gaul lagi.
Tutup api…masa nak hidang tabur cheese.
Sushi
Bahan yg diperlukan
Roti
Utk tuna sandwich
Tuna
Mayonis
Salad
Cheese
Untuk candy sushi
Strawberry jem
Nuttela
Peanut butter
Buang tepi roti pastu gelek roti..utk tuna sandwich..guna 2 roti..tindihkan roti baru gelek
Isi dengan inti..pastu gulung jek..
Lepas gulung wrap dgn wrapping plastic pastu simpan dalam esbok sekejap
Lepas tu leh la di potong dan susun macam sushi..
senang je
Share bento2 yang kita buat untuk anak2..dari tahun lepas..tahun nie boleh dikatakan tiap2 ari buat bento Cuma takde masa nak ngambik gambar..tiap2 malam dok piker apa nak masak utk anak2 esok…nak diorang makan makanan dari hasil tangan umi…
Brokoli salad pasta dgn sosej + salad kentang
Mini fish & beef burger sandwich
Mini sushi sandwich yang besar tu tuna dgn slice cheese
Yang kecik candy sushi guna nuttela, strawberry jem and peanut butter jem
Share resipi…
Dah lama tingin nak masak white stew nie…Last buat masa kat Jepun…
Teringin nak buat tapi macam dah tak tahu camna…tapi teringin jugak..hahaha
Last2 bantai jek…okeylah not bad…Cuma tepung jadi berketul2..terpaksa tapis …
Nie last weeknyer dinner menu…
Bahan2…(versi kelam kabut saya)
3 sudu besar tepung
1 sudu butter
1 ketul kiub ayam
Susu secukupnya
Sedikit air
Garam secukupnyer
Sayur2 secukup rasa
Brokoli
Cauliflower
Kentang
Carrot
Optional
Lada hitam
Cara nak buat,
1.Potong sayur-sayuran dan steamkan. Saya steam dalam microwave sahaja.
2. Panaskan periuk.
3. Masukkan tepung, kacau sampai tepung agak ringan
4. masukkan butter…kacau lagi…
5. masukkan susu…kacau sampai tepung tak berketul…
**Rasanyer cara nie salah..tu sebab tepung berketul..anyway..nanti kita riki cara yg betul**kalau berketul silalah tapis…ahahahahahah..jgn mare
6. Masukkan stok ayam, garam..pastu rasa la masinnyer..kalau ada isi ayam pun leh masukkan gantikan stok ayam.
7. dah menggelegak…ambik sayur2 masukkan…
8. Masukkan sedikit air untuk kurangkan kepekatan…bila dah menggelegak boleh tutup.
9. Boleh masukkan lada hitam kalau suka.
10. Sedap di makan panas2 cicah croissant …kitorang cicah roti biasa jek…pun sedap.
Hari nie nak share kek segera untuk anak bujang (belated).
Anak bujang yg turun to 9 on 1st January 2011. Dah besar anak umie….tapi masih manja..
Masih banyak rengek..adehhh…
Haziq mintak lukiskan cartoon bleech. apa menda pun umie tak tahu…nak google takde masa… nak lukis pun rasa ketaq lutut..yerlah sekian lama tangan suci dari diselaputi buttercream..kekekekek…
Di 4:30 pagi yg hening inilah hasilnyer..ahahaha…dah 2 tahun tak bergelumang..mmg macam “saya budak baru belajar..salah dan comot..haraplah dimaafkan”…terasa jari jemari bersimpang siur..langkah sumbang mambang....ahahahaha
Pizi version HAZIQ..berpakaian pengawas sekolah ..kkekek..sian anak bujang ku kena pakai baju pink….
Untuk anak manja umi..semoga Haziq sentiasa dibawah rahmat Allah, menjadi anak yg soleh, menjadi insan yg berguna kepada agama dan bangsa. Doa umi sentiasa mengiringi setiap langkah Haziq. Umi & Ayah love you.