Last weekend member2 mai serbu rumah. Apa menu kami hari tu..
Laksa sarawak
kek aiskrim soda- berperisa strawberry & Chocolate
kek marble cheese
tiada dalam gambar...sup tulang, kuih muih raya...hehehehhe
Masak laksa sarawak..satu rumah bau macam jamu..TAPIIII jgn dicium pada bau...
kena masak lagi satu periuk...mmg besttt rasa dia...kelasss gitu...
sampai ada yg nak order paste...Terpakso la den mengorder dari sarawak sekali..kekekekeke....Sian sup tulang agak terpinggir di raya kali ini...
Untuk laksa sarawak nie...saya guna paste seberat 250gm..
Mula2 masakkan air ( secukupnya)..pastu masukkan paste...kacau..dan bila dah mendidih masukkan santan...utk 1 paste nie saya guna santan RM1 (pati).
Pastu masukkan kiub ayam dan garam dan ajinomoto...
rasa le secukupnya
di hidangkan dgn , limau kasthuri, ayam carik, telur dadar di hancurkan, taugeh, daun ketumbar , sambal belacan ( sambal masak) dan udang yg di rebus terlebih dahulu...nyummmyyyy
Kek 7 Up / aiskrim soda
Sumber : Resipi Net
BAHAN BAHANNYA
5 biji telur
210 atau 220 gram gula
150 g Tepung Cake (Bluekey)
150 g Tepung Gandum ( Mcm cap sauh ke..)
1/2 sudu besar ovalette
180g - 7- up/Sprite/Cream Soda. (takla..rase tapi
sekadar menghaluskan texture dan lembutkan kek saja)
2 sudu besar susu pekat
COLORING
Ikut perisa apa yg disukai.
(Strawberry/Coklat/Orange/Pandan) ???
CARANYA
1. Pukul telur dgn gula sampai kembang selepas itu masukkan ovalette dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung diselang selikan dgn air 7 - up tadi.
3. Bahagiakan adunan utk dibubuh color.
4. Stim dulu adunan warna asal dalam 5 , 7 minit.
Selepas itu mulakan dengan warna pertama bakar lagi
dan buatla utk warna warna yg seterusnya
MARBLE CHOCOLATE CHEESE CAKE
sumber : roylazim
Bahan Bahan A
180 gm. Butter
20 gm. cocoa powder - ayak
170 gm. Gula castor
3 biji telor
120 gm. tepong naik Sendiri - ayak
1 tsp. baking powder - ayak
Bahan bahan B
250 gm. cream cheese
60 gm. gula castor
1 tsp. vanilla essence
1 biji telor
Cara cara nya :-
(1) Pukul butter and gula.
(2) Masukkan telor sebiji demi sebiji.
(3) Masukkan tepong, cocoa dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.
(4) Di sebuah bekas yang lain, pukul kesumua bahan bahan B hingga kembang.
(5) Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
(6) Tuangkan baki adunan A.
7) Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins.
(8) Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang.
(9) Selamat mencuba.
*kek ni maklang kukus jer <>1jam....